Koperasi

Konsortium

Berhad

Categories
Pesanan Penaja
FAQ
Latest notes
Suruhanjaya Koperasi
[January 2, 2008]

Wajib Hadir: Sessi taklimat Koperasi
[August 14, 2007]

Petikan Pesanan Penaja (Part 3)
[July 31, 2007]

Jom Hebah
[July 29, 2007]

MESYUARAT PRA PENUBUHAN KOPERASI
[July 28, 2007]

02/01/2008 11:48 am
Suruhanjaya Koperasi


Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memulakan operasinya pada 1 Jan 2008 dalam usaha memperkukuh gerakan koperasi di negara ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Antara tugas utama SKM ialah menetapkan garis panduan khusus bagi memastikan operasi sesebuah koperasi tidak menyimpang daripada objektif asal penubuhannya.

SKM juga akan mengambil alih tugas Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dengan memperkenalkan dana khas bagi memperkasakan gerakan koperasi, selain membantu institusi ini menghadapi masalah kecairan modal serta turut menganjurkan program keusahawanan.

Inisiatif penubuhan suruhanjaya ini diharapkan dapat mengatasi masalah birokrasi dan kerenah institusi kewangan tempatan yang membabitkan pembiayaan terutama dalam sektor pertanian dan perladangan yang dianggap tidak berpotensi serta tidak memenuhi kriteria serta syarat asas pinjaman yang ketat.

Oleh demikian, dengan ada SKM, masalah ini akan dapat diatasi kerana suruhanjaya ini boleh bertindak sebagai penyalur alternatif pembiayaan pinjaman kepada koperasi dan usahawan yang berpotensi.

Di samping itu, koperasi juga boleh membuat pelaburan ke dalam syarikat perniagaan yang diusahakan oleh anggotanya memandangkan penubuhan koperasi baru di kalangan usahawan sudah membawa satu anjakan paradigma ke arah membawa gerakan koperasi lebih berdaya maju dan kompetitif.

Oleh itu, anggota koperasi digalakkan menambah modal pelaburan mereka agar koperasi dapat mempertingkatkan sumber modal dalaman selaras dengan strategi kelima Dasar Koperasi Negara (DKN) bagi membolehkan koperasi di seluruh negara bersaing dan tidak terlalu bergantung kepada pembiayaan institusi perbankan.

Dengan pengumpulan dana dan modal pelaburan yang banyak secara langsung dapat memperluas dan mempelbagaikan kelangsungan aktiviti koperasi dan manfaatnya serta keuntungan adalah untuk ahlinya secara tidak langsung.

Sehingga 31 Disember 2006, ada kira-kira 4,918 koperasi dan bagi 2007 pula menunjukkan penambahan kepada 5,004 koperasi; yang dianggotai 5.86 juta ahli pada 2006 dan 6.05 juta bagi 2007 di seluruh negara; dengan memiliki dana terkumpul sebanyak RM7.36 bilion modal saham serta yuran pada 2006 dan RM7.79 bilion pada 2007, di samping RM38.38 bilion jumlah aset pada 2006, manakala RM42.5 bilion pada 2007 di dalam dan luar negara.

Sumber: utusan.com.my & bharian.com.my

14/08/2007 11:27 am
Wajib Hadir: Sessi taklimat Koperasi
Tuan / Puan,
PER : SESI TAKLIMAT KOPERASI KONSORTIUM USAHAWAN BHD BERSAMA PEGAWAI JPK WILAYAH

TARIKH : 8HB September 2007 ( SABTU )
MASA : 9.00 AM
TEMPAT : DEWAN INSTITUT PENDIDIKAN VETERINAR,SG LONG, CHERAS.KL

ini adalah cadangan yg telah dipersetujui olej AJK Penaja dan wakil ahli pada mesyuarat pra penubuhan koperasi kali ke 6. Di harap setiap ahli dapat memberikan maklumbalas terhadap cadangan tersebut dalam masa terdekat.

sekian, terima kasih.


"Keusahawanan Kerjaya Pilihan"


Farid Ali
019-3070288

31/07/2007 10:11 am
Petikan Pesanan Penaja (Part 3)

aku nak tanya lah semua yg nak jadi ahli nih......
adakah anda sanggup terima kenyataan sebagai usahawan....
sebab usahawan kena kerja keras... ada dugaan...ada risiko.....

dan salah satu dugaan kita skrng nih.. adalah utk kelulusan koperasi kita... ada berberapa kesulitan yg sikit tapi ........

yg pasti koperasi kita akan diluluskan insyaALLAh...

cuma ingin dinyatakan disini bahawa kami AJK ingin sekali mendapat sokongan dari ahli semua.. kesabaran... memberi semangat.. dan sanggup berkorban secara kecilan utk koperasi.... ini baru dinamakan usahawan...

aku baru je turun dari JPK...

antara kesulitan kelulusannya ialah... ahli dimestikan mempunyai alamat di KL dan selangor... so kami ingin mencari lagi ahli2 yg besemangat utk menjadi usahawan dan ingin maju bersama koperasi...

utk ahli diluar kawasan ... ikhtiarkan supaya mempunyai alamat di KL dan Selangor..... kalau tak dapat jugak.. kami akan selidik ahli berkenaan... samada anda jadi ahli bersekutu yg benefit atau faedah yg sama dgn ahli tetap atau anda anda fikir lah apa yg patut...

bila2 masa dari skrg pegawai JPK nak bagi taklimat kepada semua ahli... so kehadiran anda akan di noktahkan... tarikh kami akan nyatakan kemudian...

nanti aku sambung lagi...

- sinar_inspirasi




29/07/2007 8:01 am
Jom Hebah

Setelah di kira, di potong, di tambah, di tolak dan di pos laju, jumlah borang yang sampai ditangan setakat ini mencapai 70 lebih (klik sini untuk lihat senarai di laman web rasmi sementara). Kawan-kawan semua, ini masih belum cukup.

Penubuhan koperasi memerlukan 100 ahli dan AJK telah mensasarkan seramai 150 ahli. Di harap kiranya anda yang membaca blog ini, dapat menghebahkan kepada rakan dan keluarga anda. Lepas tu rakan dan keluarga anda dapat menghebahkan kepada rakan dan keluarga mereka.

Mengapa perlu hebahkan? Sebab yang untungnya adalah anda. 100% untung. Anda tak nak untung 100%? Ini bukan pelaburan internet dimana anda labur 1000 dan dapat 300 dalam 3 bulan. Lepas tu website hilang, duit pun hilang. Ini bukan skim cepat kaya yang memerlukan anda mencari 2 ahli dan terpaksa membeli barang yang anda tak perlukan langsung.
Ini adalah perniagaan. 9/10 daripada punca rezeki adalah perniagaan. Secara mudahnya begini:
  • Pembeli membeli dari peruncit
  • Peruncit membeli dari pemborong
  • Pemborong membeli dari Pembekal


Kita ambil contoh perniagaan kasut. Harga sepasang untuk

  • pembeli = RM 40
  • peruncit = RM 30
  • pemborong = RM 20


Kebanyakan peniaga/usahawan kecil berada di dalam peringkat peruncit kerana kita tidak mampu membeli dengan kuantiti yang banyak.

Andaikan anda adalah peniaga A, seorang peruncit. Dengan modal RM 1000, anda dapat membeli 1000/30 = 34 pasang (free 1)
Peniaga A untung, (40 - 30) x 34 = RM 340 = 34%

Dengan menyertai koperasi, setiap modal akan disatukan supaya kita dapat membeli dengan kuantiti yang banyak pada harga yang lebih murah.

Peniaga B menyertai koperasi, maka ia dapat membeli dengan harga borong. Dengan modal RM 1000, peniaga B dapat membeli 1000/20 = 50 pasang
Peniaga B untung (40 - 20) x 50 =RM 1000 = 100%

Anda mahu jadi peniaga A atau peniaga B?

Yang lebih menarik, jika anda tak ada masa nak buka gerai atau masih bekerja atau ada perniagaan lain, anda boleh menjual kepada peruncit lain dan masih untung lebih dari peniaga A.

Dengan modal 1000, Peniaga C dapat membeli 50 pasang.
Peniaga C untung (30 -20) x 50 = RM 500 = 50%

Untungkan membeli denga harga koperasi? oleh itu apa tunggu lagi..
jom segera hebah-hebahkan

Ingin juga diingatkan, anda perlu mendaftar dengan segera. Tahu tak masa yang terbaik untuk perniagaan ini? Semua orang akan membeli-belah pada masa ini. Jika dalam setahun, anda hanya bershopping sekali je...inilah masanya. Kita tidak mahu terlepas peluang keemasan ini. Oleh itu kita mesti bersedia dari sekarang. Koperasi mesti beroperasi secepat mungkin....kerjasama anda amatlah diharapkan. Agaknya bilakah masa yang amat "menguntungkan" itu? Kalau anda dapat meneka (sila comment), anda memang yang kami cari..

Penerangan lanjut, sila lihat FAQ.


28/07/2007 11:01 pm
MESYUARAT PRA PENUBUHAN KOPERASI
LAPORAN MINIT MESYUARAT PRA PENUBUHAN KOPERASI KONSORTIUM KALI KE 2

Tarikh :    27 Julai 2007
Tempat : Restoran Al-Malek, Danau Kota, Kuala Lumpur
Masa :     9.00 mlm - 3.30 pagi
Jumlah Kehadiran :    18 orang


Agenda Mesyuarat

1.    Pengiraan dan penetapan kos bagi majlis mesyuarat agong pertama koperasi serta perbelanjaan pengurusan.
2.    Perlantikan AJK Penaja (sementara) dan pembahagian tugas.
3.    Pencalonan dan penetapan tempat bagi AGM koprasi.
4.    Pengemaskinian kertas kerja koperasi dan pengkalan data ahli.
5.    Halatuju konsortium barangan China dan koperasi pada masa akan datang.
6.    Hal-hal berbangkit.

Resolusi

1.   Jumlah perbelanjaan kasar bagi menampung kos perjalanan Majlis AGM pertama serta perbelanjaan pengurusan koperasi adalah sebanyak RM 5000.00. Sehubungan dengan itu, ahli diharapkan agar dapat memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM 50 setiap seorang bagi       menampung jumlah kos tersebut. Lain-lain kos akan di tanggung oleh AJK Penaja mengikut kemampuan masing-masing. Di harap bakal-      bakal ahli dapat memberikan kerjasama yg sewajarnya.

2.   AJK Penaja (sementara) telahpun dilantik bagi memudahkan perjalanan penubuhan koperasi dan kerja-kerja pengurusan. Walaubagaimanapun, AJK Penaja secara rasminya akan dilantik pada majlis AGM pertama kelak. Berikut merupakan senarai AJK Penaja (sementara) :
   
   
Pengerusi               :    Ahmad Sidry Hussin ( sinar_inspirasi )
    Timb. Pengerusi    :    Abd Rahman Abdullah ( manaya )
    Setiausaha             :    Mohd Farid Ali ( faridali )
    Bendahari               :    Ameruddin Senin ( badai_007 )

    AJK Kerja               :    Hasanul Isyraf Naim ( entrepreneur_78 )
                                      :    Muhammad Zaky Husain ( dookie )
                                      :    Nur Zahirah Ismail ( "l0_0l" )
                                      :    Md Mazri Md Amin ( zisam )
                                      :    Ahmad Fadhli Amran ( afadhli )
                                      :    Erwan Nur (wineps)
                                      :    Mohd Sanusi Yusof
                                      :    Mohamad Zaki Mat (asfour )
                                      :    Azuddin Alias


3.   Majlis bersetuju untuk memilih IPV Cheras sebagai lokasi AGM pertama koperasi dijalankan. Lain-lain cadangan amatlah di alu-alukan dan dipertimbangkan.

4.    koperasi akan menjalankan operasinya (pejabat pengurusan) di Komplek Ampang City selepas pendaftaranya diluluskan dan sebuah pejabat operasi / warehouse di Guangzhou, China. Seorang kakitangan akan di tempatkan di sana bagi memudahlan kerja-kerja operasi/logistik/pemasaran dan penghantaran.

5.    Beberapa rancangkan masa hadapan telahpun di bicangkan untuk manfaat ahli dan akan di umumkan semasa AGM pertama nanti.

6.    Komitmen ahli amatlah di harapkan bagi memudahkan lagi perjalanan penubuhan koperasi pada masa sekarang dan masa hadapan. Komitmen anda AMATLAH kami hargai.



" Susah Senang Kita Bersama, Komitmen Teras Kejayaan "


Disediakan Oleh,

Mohd Farid Ali
Setiausaha Sementara
019-3070288




Photo albums


My Files
Daftar Coop


Latest photos
A service of jomniaga.com