Koperasi

Konsortium

Berhad

Categories
Pesanan Penaja
FAQ
Latest notes
Suruhanjaya Koperasi
[January 2, 2008]

Wajib Hadir: Sessi taklimat Koperasi
[August 14, 2007]

Petikan Pesanan Penaja (Part 3)
[July 31, 2007]

Jom Hebah
[July 29, 2007]

MESYUARAT PRA PENUBUHAN KOPERASI
[July 28, 2007]

10/07/2007 3:14 pm
Welcome to Koperasi Usahawan Kecil Berhad

(nama sementara...kalau ada idea lain, sila beritahu)

"ingat yee.... ni adalah koperasi utk usahawan yg bleh berbisnes sendiri.... sape2 yg jadi ahli terawal nih.. kita akan bagi beberapa RP utk ahli bisnes dengan cemerlangnya... insyaALLAh dengan kekuatan gabungan kita nih.. insyaALLAh berjaya...

tapi perlu ingat juga... ada apa2 kelemahan yg ada disana kita pakat2 baiki lah.. bukan pakat2 kutuk utk dpt publisiti... sebab semua ni advantage utk ahli sahaja...

proposal n Rp akan diberi utk beberapa jenis perniagaan... dari modal kecik hingga modalbesar... insyaALLAH jelas...

dan kita akan buat solat hajat dan berdoa ramai2... supaya jgn ada dengki dendam dlm bisnes kita nih.. sebab kita perlu berjaya nih..

semoga berjaya", kata-kata pengenalan daripada Sinar Inspirasi.

12/07/2007 5:06 pm
Sila bertindak sebelum 20 Julai 2007...
koperasi ni sebenarnye belum ditubuhkan lagi. Baru peringkat pra pendaftaran. Oleh itu kami memerlukan para usahawan sekelian, sama ada yang baru niat nak jadi usahawan atau dan lama, sama ada part time atau full time, dekat KL atau luar KL, jom pakat ramai-ramai jadi ahli.

Tapi perlu diingat, bilangan keahlian adalah terhad. Siapa cepat, dia dapat. Kalau tanya Sweet Charity, dia akan cakap,"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang".

Sinar Inspirasi pulak cakap,"jgn takut kawan2... insyaALLAH kami akan tolong sedaya mampu utk membantu kawan2 sekalian utk berbiznes... kami akan sediakan secukup mungkin idea n produk serta senjata2 utk maju dlm bisnes... apabila kita berama kita akan berjaya.. kita buat secara jami'e .....

kita lakukan secara win win situation... jgn tamak.... kita akan menilai tahap2 keusahawanan diri masing... sokonga padu dari otai2 bisnes dlm koperasi nih akn diberikan kepada ahli....

hanya buat permulaan kena bagi komitment datang utk pendaftaran utk kelulusan sahaja.... nak tgk situ komintment ahli.. sanggup atau tak... yg jauh dari kl tu... kena minta cuti awal.. melabur masa n kewangan sikit uth hadiri apa yg patut...

pelaburan masa kita dan kewangan yg kecil itu utk permulaan yg besar di masa mendatang... itu tujuan kita...sama2 menaiktarafkan diri masing serta bangsa agama kita... itu pasti... kita akan menjadi contoh kesepaduan kuat utk membina situasi ini....

semua bleh bagi komitment ke?.... insyaALLAh utk melakukan... bukan insyaALLAh utk mengelak... heheheh... ( insyaALLAH melayu ) ... hehehehe".

PERHATIAN: TARIKH AKHIR PENERIMAAN PENDAFTARAN IALAH 20 Julai 2007. Sila rujuk FAQ untuk tindakan selanjutnya.

15/07/2007 5:36 pm
Petikan Pesanan Penaja: Sinar Inspirasi (Part 1)

InsyaALLAH dengan kesungguhan kerjasama yg kuat.. kita akan lakukan seperti bimbingan disekolah... akan ajar selagi termampu para usahawan ..

1. margin keuntungan bagi ahli koperasi ni utk menjual produk adalah margin yg tinggi... maybe paling tinggi dan dpt bersaing dengan peniaga lain diluar sana..

2. wujudkan sekitar usahawan yg ceria dan dapat menjual produk dlm masa yg singkat dengan modal yg kecik.

3. meningkatkan jualan dan keuntungan yg tinggi dari sebulan ke sebulan yg seterusnya.

4. mempelbagaikan jenis produk peringkat demi peringkat.

5. mencipta produk utk dipasarkan yg dapat menarik minat pembeli.

6. memastikan jualan ahli dpt di habiskan dlm masa tertentu,

cepat lah sesiapa yg modal kecik n perniaga kecik tu... masuk lah cepat... menyesal nanti...org yg modal besar tu.. tak yah masuk tak apa...  ..

byk kelebihan akan diberikan nanti.... terlalu byk... koperasi ni seolah2 koperasi kebajikan kepada ahli...

ada insuran lagi kepada ahli.... tak mau lagi?... koperasi akan memastikan ahli dpt menjual abis produk yg di ambil... risiko kepada ahli tk besar.. cuma sanggup bagi komitment... ahli juga akan ditapis..

 

nak pastikan mmg betul2 nak bisnes walaupun kecik.. dan tak pandai.. tapi betul2 nak bisnes.. dan nak belajar.... kalau setakat nak letak nama je.. amik dividen... tak bleh lah.. kena ada komitment utk bisnes ... tak pandai tak apa.. kita bleh ajar sampai pandai... yg penting betul2 nak....


minta kepada semua yg dah isi nama tu.. segerakan database.... sila bg komitment utk sebagai ahli.... klau yg nak batalkan nama tu sila beritau segera...

dan sape2 yg nak jadi sukarela ajk penaja tu sila tampil... sila buat resume diri... utk mempercepatkan penubuhan koperasi kita nih...

insyaALLAH dasar koperasi kita akan melebihkan ahli.... dan ahli kita tak nak ramai sangat... 100-150 je... kita juga tak nak pening2 kepala nak handle ramai sangat...

tapi kita kena sanggup membantu setiap ahli setakat termampu... dasar koperasi pun adalah tolong menolong sesama ahli..


mmg ia sangat menarik.. utk penjelasan lebih lanjut tu kita pakat2 bagi idea...

mmg koperasi akan memastikan setiap ahli akan membuka bisnes sendiri suatu hari nanti...

yg penting ada komitment yg telah dijelaskan... kalau tak sanggup..mmg tak leh..


ima kasih semua....

(sumber: board Entrepreneur, Cari.com) 


19/07/2007 9:51 am
Petikan Pesanan Penaja (Part 2)

Koperasi yg betul-betul koperasi

aku ngan manaya pegi ke jpk (Jabatan Pembangunan Koperasi) tu... pegawai tu cakap.. koperasi yg kita nak tubuhlah yg betul2 koperasi.. dasar koperasi kita yg aku terangkan pada pegawai tu... bangga plak hehehe... semoga kita pakat2 berjaya insyaAllah.

Nanti kita bincang ramai2 kat meeting nanti... apa2 masalah kita betulkan... jgn hanya fokus kepada masalah dan kelemahan.... tgk dulu kepada kelebihan dan peluang... jadikan yg terbaik utk kumpulan...

datang dengan fokus utk kebaikan... itu perlu ingat...

tak perlu publisiti....

peringkat pertama satu brng saje akan dibeli...semua ahli akan beli brng tu...tak kira ia bidang lain ke atau bidang yg sama.. semua akan beli brg yg sama... tapi yg penting ahli ada kerjasama...tak dapat jual soh ahli lain jual... senang citer..win win situation..

pembelian yg sama ini sebab utk pertama kali kita deal dengan satu kilang atau agen kat sana..so konon2nya utk daftar nama pembeli yg besar...so lain kali kalau beli sikit dari biasa pun dpt harga yg sama..... dpt faham ?...

duit yg dilaburkan dlm koperasi tu...semuanya diberi balik kepada pelabur tu sendiri dlm bentuk barangan2... maybe sikit koperasi akan amik utk kos penyelenggaraan ofis diperingkat pertama.. bukan hanya melabur tunggu dividen.... utk kepastian dividen akan dibagi juga bila cukup matang..tapi dengan % yg kecil.. sebab koperasi tak akan memperolehi keuntungan yg besar... semua keuntungan besar itu akan dibahagikan kepada ahli2... koperasi ni hanya tapak utk dpt amik brng yg murah...

pembelian kedua maybe membeli satu jenis barang juga.. tapi berlainan dari yg pertama... pembelian yg ketiga maybe pelbagai jenis brng yg akan di nyatakan kemudian...

semua keuntungan tu kepada ahli sebab ahli yg menjualnya... bukan koperasi yg menjual.. so tak perlu nak pikir dividen.. sebab koperasi ni bukan bank, bukan kwsp dan lain2... koperasi ni adalah koperasi usahawan... so perlu ada komitment utk menjual....tak kira brng lah.. kalau tak de market.. koperasi akan ajarkan cara nak market kan...

ok... aku bagi contoh maklumat sedikit sebanyak...korang tulis lah sikit nih2... ...

contoh pertama :

sekali oder brng.. contohnya kita memerlukan Rm10k utk dapatkan stok terbabit.. so perlu setiap sorang keluarkan RM1k...

tak semestinya setiap sorang tu invest RM1k .. maybe contohnya saya akan kuarkan RM5k.. manaya kuarkan RM3k, badai Rm2k.. maka kat situ dah RM10k... baru 3 orng.. dpt mewakili 7 orng lagi... nampak?...

dan kalau ada salah sorang ahli kuarkan RM2k utk dptkan barang2 nih.. tapi dlm masa yg sama tak smpt jual habis... dan ada lagi ahli lain tu 2 hari dah abis brng... so ahli yg habis jual tu bleh tolong habiskan utk jualan itu.. untung 50-50 lebih kurang...

dan kalau ada bukan ahli nak amik brng dengan koperasi.. kita terima jugak.. tapi harganya lebih mahal dari ahli.. samada dia amik dengan koperasi atau dari ahli2 yg lain... sebab itu kita tak buka utk ramai ahli... kita akan terhadkan ahli... sebab kita nak ahli yg untung...

produk yg koperasi akan oder tu kita akan beritau dan demand dari ahli pun dikira pakai..dan akan dibincangkan jenis produk yg kita akan niagakan...

peringkat pertama maybe kita amik satu jenis barang.....semua kena amik.. nak jual sendiri atau nak bagi kepada ahli keluarga utk jual itu terpulang... atau nak bagi kepada ahli lain jual pun tak apa.. asalkan oder diterima... kalau tak abis beritau koperasi... senang kita settle...

gitu lah lebih kurang... harap dapat faham sikit sebanyak... tima kasih

bagi peluang utk aku dan kakitangan aku cari peluang bisnes yg besar dengan negara china... tersangat byk kat sana... insyaALLAH ini semua adalah utk ahli2.. bisnes ni utk bangsa kita... ikhlas aku cakap nih.. walaupun disana aku pun ada keuntungan tapi keuntungan disini lebih besar kepada ahli...

aku akan cuba pastikan ahli dpt untung besar dan dapat lebih murah brangan dari pasaran semasa... itu yg utama skrng.. itu yg penting... nak pastikan orng kita dapat bersaing secara sihat dlm pasaran semasa....

Rm1000 itu adalah kecil....utk melabur dlm koperasi nih...bukan 10k... hnya 1k sebulan atau sekali oder brng... itu koperasi nak dari ahli... komtment ni yg diperlukan...

kalau tak sanggup utk terima komitmen ni... koperasi mmg tak terima keahlian nih.. senang citer...

kemudahan yg akan diberikan sangat byk... seolah2 ( bukan pasti ) penyelamat kepada usahawan kecil dlm koperasi... antaranya

1- dpt harga murah
2- untung besar
3- koperasi ajar cara market
4- tak dpt jual ahli lain tolong jualkan

dan antaranya lagi..

1- koperasi sediakan katalog sebelum brg sampai ( market guna katalog )
2- koperasi akan menerima pakai idea ahli
3- koperasi akan cari market dari bukan ahli
4- koperasi koperasi koperasi koperasi dan koperasi..

insyaALLAH kalau kita terus bergabung... akan selamat... yg penting bersatu hati..

(sumber: board Entrepreneur, Cari.com, susunsemula: matniaga)


28/07/2007 11:01 pm
MESYUARAT PRA PENUBUHAN KOPERASI
LAPORAN MINIT MESYUARAT PRA PENUBUHAN KOPERASI KONSORTIUM KALI KE 2

Tarikh :    27 Julai 2007
Tempat : Restoran Al-Malek, Danau Kota, Kuala Lumpur
Masa :     9.00 mlm - 3.30 pagi
Jumlah Kehadiran :    18 orang


Agenda Mesyuarat

1.    Pengiraan dan penetapan kos bagi majlis mesyuarat agong pertama koperasi serta perbelanjaan pengurusan.
2.    Perlantikan AJK Penaja (sementara) dan pembahagian tugas.
3.    Pencalonan dan penetapan tempat bagi AGM koprasi.
4.    Pengemaskinian kertas kerja koperasi dan pengkalan data ahli.
5.    Halatuju konsortium barangan China dan koperasi pada masa akan datang.
6.    Hal-hal berbangkit.

Resolusi

1.   Jumlah perbelanjaan kasar bagi menampung kos perjalanan Majlis AGM pertama serta perbelanjaan pengurusan koperasi adalah sebanyak RM 5000.00. Sehubungan dengan itu, ahli diharapkan agar dapat memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM 50 setiap seorang bagi       menampung jumlah kos tersebut. Lain-lain kos akan di tanggung oleh AJK Penaja mengikut kemampuan masing-masing. Di harap bakal-      bakal ahli dapat memberikan kerjasama yg sewajarnya.

2.   AJK Penaja (sementara) telahpun dilantik bagi memudahkan perjalanan penubuhan koperasi dan kerja-kerja pengurusan. Walaubagaimanapun, AJK Penaja secara rasminya akan dilantik pada majlis AGM pertama kelak. Berikut merupakan senarai AJK Penaja (sementara) :
   
   
Pengerusi               :    Ahmad Sidry Hussin ( sinar_inspirasi )
    Timb. Pengerusi    :    Abd Rahman Abdullah ( manaya )
    Setiausaha             :    Mohd Farid Ali ( faridali )
    Bendahari               :    Ameruddin Senin ( badai_007 )

    AJK Kerja               :    Hasanul Isyraf Naim ( entrepreneur_78 )
                                      :    Muhammad Zaky Husain ( dookie )
                                      :    Nur Zahirah Ismail ( "l0_0l" )
                                      :    Md Mazri Md Amin ( zisam )
                                      :    Ahmad Fadhli Amran ( afadhli )
                                      :    Erwan Nur (wineps)
                                      :    Mohd Sanusi Yusof
                                      :    Mohamad Zaki Mat (asfour )
                                      :    Azuddin Alias


3.   Majlis bersetuju untuk memilih IPV Cheras sebagai lokasi AGM pertama koperasi dijalankan. Lain-lain cadangan amatlah di alu-alukan dan dipertimbangkan.

4.    koperasi akan menjalankan operasinya (pejabat pengurusan) di Komplek Ampang City selepas pendaftaranya diluluskan dan sebuah pejabat operasi / warehouse di Guangzhou, China. Seorang kakitangan akan di tempatkan di sana bagi memudahlan kerja-kerja operasi/logistik/pemasaran dan penghantaran.

5.    Beberapa rancangkan masa hadapan telahpun di bicangkan untuk manfaat ahli dan akan di umumkan semasa AGM pertama nanti.

6.    Komitmen ahli amatlah di harapkan bagi memudahkan lagi perjalanan penubuhan koperasi pada masa sekarang dan masa hadapan. Komitmen anda AMATLAH kami hargai.



" Susah Senang Kita Bersama, Komitmen Teras Kejayaan "


Disediakan Oleh,

Mohd Farid Ali
Setiausaha Sementara
019-3070288


29/07/2007 8:01 am
Jom Hebah

Setelah di kira, di potong, di tambah, di tolak dan di pos laju, jumlah borang yang sampai ditangan setakat ini mencapai 70 lebih (klik sini untuk lihat senarai di laman web rasmi sementara). Kawan-kawan semua, ini masih belum cukup.

Penubuhan koperasi memerlukan 100 ahli dan AJK telah mensasarkan seramai 150 ahli. Di harap kiranya anda yang membaca blog ini, dapat menghebahkan kepada rakan dan keluarga anda. Lepas tu rakan dan keluarga anda dapat menghebahkan kepada rakan dan keluarga mereka.

Mengapa perlu hebahkan? Sebab yang untungnya adalah anda. 100% untung. Anda tak nak untung 100%? Ini bukan pelaburan internet dimana anda labur 1000 dan dapat 300 dalam 3 bulan. Lepas tu website hilang, duit pun hilang. Ini bukan skim cepat kaya yang memerlukan anda mencari 2 ahli dan terpaksa membeli barang yang anda tak perlukan langsung.
Ini adalah perniagaan. 9/10 daripada punca rezeki adalah perniagaan. Secara mudahnya begini:
  • Pembeli membeli dari peruncit
  • Peruncit membeli dari pemborong
  • Pemborong membeli dari Pembekal


Kita ambil contoh perniagaan kasut. Harga sepasang untuk

  • pembeli = RM 40
  • peruncit = RM 30
  • pemborong = RM 20


Kebanyakan peniaga/usahawan kecil berada di dalam peringkat peruncit kerana kita tidak mampu membeli dengan kuantiti yang banyak.

Andaikan anda adalah peniaga A, seorang peruncit. Dengan modal RM 1000, anda dapat membeli 1000/30 = 34 pasang (free 1)
Peniaga A untung, (40 - 30) x 34 = RM 340 = 34%

Dengan menyertai koperasi, setiap modal akan disatukan supaya kita dapat membeli dengan kuantiti yang banyak pada harga yang lebih murah.

Peniaga B menyertai koperasi, maka ia dapat membeli dengan harga borong. Dengan modal RM 1000, peniaga B dapat membeli 1000/20 = 50 pasang
Peniaga B untung (40 - 20) x 50 =RM 1000 = 100%

Anda mahu jadi peniaga A atau peniaga B?

Yang lebih menarik, jika anda tak ada masa nak buka gerai atau masih bekerja atau ada perniagaan lain, anda boleh menjual kepada peruncit lain dan masih untung lebih dari peniaga A.

Dengan modal 1000, Peniaga C dapat membeli 50 pasang.
Peniaga C untung (30 -20) x 50 = RM 500 = 50%

Untungkan membeli denga harga koperasi? oleh itu apa tunggu lagi..
jom segera hebah-hebahkan

Ingin juga diingatkan, anda perlu mendaftar dengan segera. Tahu tak masa yang terbaik untuk perniagaan ini? Semua orang akan membeli-belah pada masa ini. Jika dalam setahun, anda hanya bershopping sekali je...inilah masanya. Kita tidak mahu terlepas peluang keemasan ini. Oleh itu kita mesti bersedia dari sekarang. Koperasi mesti beroperasi secepat mungkin....kerjasama anda amatlah diharapkan. Agaknya bilakah masa yang amat "menguntungkan" itu? Kalau anda dapat meneka (sila comment), anda memang yang kami cari..

Penerangan lanjut, sila lihat FAQ.


31/07/2007 10:11 am
Petikan Pesanan Penaja (Part 3)

aku nak tanya lah semua yg nak jadi ahli nih......
adakah anda sanggup terima kenyataan sebagai usahawan....
sebab usahawan kena kerja keras... ada dugaan...ada risiko.....

dan salah satu dugaan kita skrng nih.. adalah utk kelulusan koperasi kita... ada berberapa kesulitan yg sikit tapi ........

yg pasti koperasi kita akan diluluskan insyaALLAh...

cuma ingin dinyatakan disini bahawa kami AJK ingin sekali mendapat sokongan dari ahli semua.. kesabaran... memberi semangat.. dan sanggup berkorban secara kecilan utk koperasi.... ini baru dinamakan usahawan...

aku baru je turun dari JPK...

antara kesulitan kelulusannya ialah... ahli dimestikan mempunyai alamat di KL dan selangor... so kami ingin mencari lagi ahli2 yg besemangat utk menjadi usahawan dan ingin maju bersama koperasi...

utk ahli diluar kawasan ... ikhtiarkan supaya mempunyai alamat di KL dan Selangor..... kalau tak dapat jugak.. kami akan selidik ahli berkenaan... samada anda jadi ahli bersekutu yg benefit atau faedah yg sama dgn ahli tetap atau anda anda fikir lah apa yg patut...

bila2 masa dari skrg pegawai JPK nak bagi taklimat kepada semua ahli... so kehadiran anda akan di noktahkan... tarikh kami akan nyatakan kemudian...

nanti aku sambung lagi...

- sinar_inspirasi




14/08/2007 11:27 am
Wajib Hadir: Sessi taklimat Koperasi
Tuan / Puan,
PER : SESI TAKLIMAT KOPERASI KONSORTIUM USAHAWAN BHD BERSAMA PEGAWAI JPK WILAYAH

TARIKH : 8HB September 2007 ( SABTU )
MASA : 9.00 AM
TEMPAT : DEWAN INSTITUT PENDIDIKAN VETERINAR,SG LONG, CHERAS.KL

ini adalah cadangan yg telah dipersetujui olej AJK Penaja dan wakil ahli pada mesyuarat pra penubuhan koperasi kali ke 6. Di harap setiap ahli dapat memberikan maklumbalas terhadap cadangan tersebut dalam masa terdekat.

sekian, terima kasih.


"Keusahawanan Kerjaya Pilihan"


Farid Ali
019-3070288

02/01/2008 11:48 am
Suruhanjaya Koperasi


Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memulakan operasinya pada 1 Jan 2008 dalam usaha memperkukuh gerakan koperasi di negara ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Antara tugas utama SKM ialah menetapkan garis panduan khusus bagi memastikan operasi sesebuah koperasi tidak menyimpang daripada objektif asal penubuhannya.

SKM juga akan mengambil alih tugas Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dengan memperkenalkan dana khas bagi memperkasakan gerakan koperasi, selain membantu institusi ini menghadapi masalah kecairan modal serta turut menganjurkan program keusahawanan.

Inisiatif penubuhan suruhanjaya ini diharapkan dapat mengatasi masalah birokrasi dan kerenah institusi kewangan tempatan yang membabitkan pembiayaan terutama dalam sektor pertanian dan perladangan yang dianggap tidak berpotensi serta tidak memenuhi kriteria serta syarat asas pinjaman yang ketat.

Oleh demikian, dengan ada SKM, masalah ini akan dapat diatasi kerana suruhanjaya ini boleh bertindak sebagai penyalur alternatif pembiayaan pinjaman kepada koperasi dan usahawan yang berpotensi.

Di samping itu, koperasi juga boleh membuat pelaburan ke dalam syarikat perniagaan yang diusahakan oleh anggotanya memandangkan penubuhan koperasi baru di kalangan usahawan sudah membawa satu anjakan paradigma ke arah membawa gerakan koperasi lebih berdaya maju dan kompetitif.

Oleh itu, anggota koperasi digalakkan menambah modal pelaburan mereka agar koperasi dapat mempertingkatkan sumber modal dalaman selaras dengan strategi kelima Dasar Koperasi Negara (DKN) bagi membolehkan koperasi di seluruh negara bersaing dan tidak terlalu bergantung kepada pembiayaan institusi perbankan.

Dengan pengumpulan dana dan modal pelaburan yang banyak secara langsung dapat memperluas dan mempelbagaikan kelangsungan aktiviti koperasi dan manfaatnya serta keuntungan adalah untuk ahlinya secara tidak langsung.

Sehingga 31 Disember 2006, ada kira-kira 4,918 koperasi dan bagi 2007 pula menunjukkan penambahan kepada 5,004 koperasi; yang dianggotai 5.86 juta ahli pada 2006 dan 6.05 juta bagi 2007 di seluruh negara; dengan memiliki dana terkumpul sebanyak RM7.36 bilion modal saham serta yuran pada 2006 dan RM7.79 bilion pada 2007, di samping RM38.38 bilion jumlah aset pada 2006, manakala RM42.5 bilion pada 2007 di dalam dan luar negara.

Sumber: utusan.com.my & bharian.com.my



Photo albums


My Files
Daftar Coop


Latest photos
A service of jomniaga.com