Koperasi

Konsortium

Berhad

Categories
Pesanan Penaja
FAQ
Latest notes
Suruhanjaya Koperasi
[January 2, 2008]

Wajib Hadir: Sessi taklimat Koperasi
[August 14, 2007]

Petikan Pesanan Penaja (Part 3)
[July 31, 2007]

Jom Hebah
[July 29, 2007]

MESYUARAT PRA PENUBUHAN KOPERASI
[July 28, 2007]

12/07/2007 11:55 am
7 soalan panas tentang penubuhan koperasi

1. koperasi ni untuk siapa sebenarnye?
Untuk bakal usahawan dan usahawan kecil. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai modal yang besar untuk memulakan atau memperkembangkan perniagaan. motif utama tertubuhnya koperasi ni adalah utk dapatkan harga yg lebih murah dari pasaran pemborong yg ada kat malaysia. Dengan bersatu dibawah satu koperasi, kita dapat membeli barangan secara pukal dengan harga yang jauh lebih murah jika kita membeli secara berseorangan. Kebiasaannya di dalam senario perniagaan masa kini, kita tidak dapat bersaing dari segi harga dengan peniaga lain. Melalui koperasi, masalah ini akan dapat diatasi.

2. Macamana koperasi buat duit?
Perniagaan teras koperasi adalah membeli barangan dari China. orang kuat kita, Saudara Sinar Inspirasi, sudahpun bertapak di sana. Kalau dulu order 1 kontena, sekarang boleh order 2 atau 3 kontena. Lagi banyak order, lagi murah harga. Siapa yang untung? Koperasi dan ahli keluarga koperasi juga yang untung.

3. Macamana saya buat duit?
Daripada peringkat sourcing ke peringkat shipping ke peringkat selling, semuanya sudah dilalui oleh otai-otai kita ni. Ahli boleh pilih Rancangan Perniagaan / Business Plan yang telah disediakan. Ahli koperasi akan diberi tunjuk ajar oleh mereka yang telah mengalami sendiri jatuh bangun di dalam perniagaan, bukan mereka yang hanya bercakap saja.

kami supply barang dengan harga yang murah (bukan barang murah tau, berkualiti), dan boleh jual. Kami bagi guide lagi. Yang tinggal usaha. Baru la namanya usahawan. Kalau orang Ganu, dia kata,"usahawang". Ada usaha, ada wang, insyaAllah.

4. Kena bayar ke?
ahli dikehendaki menyediakan RM 1000 sahaja. Jika anda benar-benar seorang usahawan,anda akan usahakan untuk mendapatkannya. Itulah ujian pertama anda sebagai usahawan. Jika RM 1000 pun anda tak boleh cari, itu bermakna anda belum bersedia untuk join koperasi ini.

Tidak perlu membuat pembayaran sekarang. Sebahagian besar duit itu adalah modal anda untuk membeli barang. Pihak koperasi hanya akan mengambil beberapa % sahaja sebagai kos pengurusan.

5. Saya nak join sangat ni, apa yang perlu saya buat?
Sila download borang "Daftar Coop" (sebelah kanan, under My Files), isikan butir peribadi anda, tandatangan (penting ni) dan poskan kepada

Ahmad Sidry Hussin
Block C-1-12, Jln 2/6,
Setapak Indah
53100 Kuala Lumpur

atau

mohd farid bin Ali
no 9, jln tongkol, 17/34 seksyen 17
40000 shah alam
selangor.


Jangan email ye, borang ini adalah untuk mendapatkan kelulusan penubuhan koperasi. Pendaftar koperasi perlukan tandatangan yang ori sahaja.

6. Siapa Sinar inspirasi ni? asyik nama dia je yang keluar..
Itu nickname En Ahmad Sidry kita didalam forum Cari.com.my, Kalau nak kenal siapa dia, boleh caya ke, kaki kelentong ke, sila lihat board Entrepreneur, cari nama Sinar Inspirasi, baca posting-postingnya dan nilaikan sendiri.

7. Blog ni simple sangat la, boleh bagi penerangan lanjut?
memang tujuan blog ini untuk memudahkan pemahaman anda berkenaan penubuhan koperasi. Jika anda ingin membaca versi yang lebih panjang, sila klik kat sini. Ramai kawan-kawan yang akan membantu.

Soalan Tambahan

8. Saya duduk luar KL/Selangor. Boleh ke jadi ahli?

Untuk penubuhan koperasi, pihak PJK menetapkan bahawa ahli mestilah beralamat di KL atau Selangor.




Photo albums


My Files
Daftar Coop


Latest photos
A service of jomniaga.com