LAPORAN MINIT MESYUARAT PRA PENUBUHAN KOPERASI KONSORTIUM KALI KE 2
Tarikh : 27 Julai 2007
Tempat : Restoran Al-Malek, Danau Kota, Kuala Lumpur
Masa : 9.00 mlm - 3.30 pagi
Jumlah Kehadiran : 18 orang
Agenda Mesyuarat
1. Pengiraan dan penetapan kos bagi majlis mesyuarat agong pertama koperasi serta perbelanjaan pengurusan.
2. Perlantikan AJK Penaja (sementara) dan pembahagian tugas.
3. Pencalonan dan penetapan tempat bagi AGM koprasi.
4. Pengemaskinian kertas kerja koperasi dan pengkalan data ahli.
5. Halatuju konsortium barangan China dan koperasi pada masa akan datang.
6. Hal-hal berbangkit.
Resolusi
1. Jumlah perbelanjaan kasar bagi menampung kos perjalanan Majlis AGM pertama serta perbelanjaan pengurusan koperasi adalah sebanyak RM 5000.00. Sehubungan dengan itu, ahli diharapkan agar dapat memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM 50 setiap seorang bagi menampung jumlah kos tersebut. Lain-lain kos akan di tanggung oleh AJK Penaja mengikut kemampuan masing-masing. Di harap bakal- bakal ahli dapat memberikan kerjasama yg sewajarnya.
2. AJK Penaja (sementara) telahpun dilantik bagi memudahkan perjalanan penubuhan koperasi dan kerja-kerja pengurusan. Walaubagaimanapun, AJK Penaja secara rasminya akan dilantik pada majlis AGM pertama kelak. Berikut merupakan senarai AJK Penaja (sementara) :
Pengerusi : Ahmad Sidry Hussin ( sinar_inspirasi )
Timb. Pengerusi : Abd Rahman Abdullah ( manaya )
Setiausaha : Mohd Farid Ali ( faridali )
Bendahari : Ameruddin Senin ( badai_007 )
AJK Kerja : Hasanul Isyraf Naim ( entrepreneur_78 )
: Muhammad Zaky Husain ( dookie )
: Nur Zahirah Ismail ( "l0_0l" )
: Md Mazri Md Amin ( zisam )
: Ahmad Fadhli Amran ( afadhli )
: Erwan Nur (wineps)
: Mohd Sanusi Yusof
: Mohamad Zaki Mat (asfour )
: Azuddin Alias
3. Majlis bersetuju untuk memilih IPV Cheras sebagai lokasi AGM pertama koperasi dijalankan. Lain-lain cadangan amatlah di alu-alukan dan dipertimbangkan.
4. koperasi akan menjalankan operasinya (pejabat pengurusan) di Komplek Ampang City selepas pendaftaranya diluluskan dan sebuah pejabat operasi / warehouse di Guangzhou, China. Seorang kakitangan akan di tempatkan di sana bagi memudahlan kerja-kerja operasi/logistik/pemasaran dan penghantaran.
5. Beberapa rancangkan masa hadapan telahpun di bicangkan untuk manfaat ahli dan akan di umumkan semasa AGM pertama nanti.
6. Komitmen ahli amatlah di harapkan bagi memudahkan lagi perjalanan penubuhan koperasi pada masa sekarang dan masa hadapan. Komitmen anda AMATLAH kami hargai.
" Susah Senang Kita Bersama, Komitmen Teras Kejayaan "
Disediakan Oleh,
Mohd Farid Ali
Setiausaha Sementara
019-3070288