Setelah di kira, di potong, di tambah, di tolak dan di pos laju, jumlah borang yang sampai ditangan setakat ini mencapai 70 lebih (klik sini untuk lihat senarai di laman web rasmi sementara). Kawan-kawan semua, ini masih belum cukup.
Penubuhan koperasi memerlukan 100 ahli dan AJK telah mensasarkan seramai 150 ahli. Di harap kiranya anda yang membaca blog ini, dapat menghebahkan kepada rakan dan keluarga anda. Lepas tu rakan dan keluarga anda dapat menghebahkan kepada rakan dan keluarga mereka.
Mengapa perlu hebahkan? Sebab yang untungnya adalah anda. 100% untung. Anda tak nak untung 100%? Ini bukan pelaburan internet dimana anda labur 1000 dan dapat 300 dalam 3 bulan. Lepas tu website hilang, duit pun hilang. Ini bukan skim cepat kaya yang memerlukan anda mencari 2 ahli dan terpaksa membeli barang yang anda tak perlukan langsung. Ini adalah perniagaan. 9/10 daripada punca rezeki adalah perniagaan. Secara mudahnya begini:
- Pembeli membeli dari peruncit
- Peruncit membeli dari pemborong
- Pemborong membeli dari Pembekal
Kita ambil contoh perniagaan kasut. Harga sepasang untuk
- pembeli = RM 40
- peruncit = RM 30
- pemborong = RM 20
Kebanyakan peniaga/usahawan kecil berada di dalam peringkat peruncit kerana kita tidak mampu membeli dengan kuantiti yang banyak.
Andaikan anda adalah peniaga A, seorang peruncit. Dengan modal RM 1000, anda dapat membeli 1000/30 = 34 pasang (free 1) Peniaga A untung, (40 - 30) x 34 = RM 340 = 34%
Dengan menyertai koperasi, setiap modal akan disatukan supaya kita dapat membeli dengan kuantiti yang banyak pada harga yang lebih murah.
Peniaga B menyertai koperasi, maka ia dapat membeli dengan harga borong. Dengan modal RM 1000, peniaga B dapat membeli 1000/20 = 50 pasang Peniaga B untung (40 - 20) x 50 =RM 1000 = 100%
Anda mahu jadi peniaga A atau peniaga B?
Yang lebih menarik, jika anda tak ada masa nak buka gerai atau masih bekerja atau ada perniagaan lain, anda boleh menjual kepada peruncit lain dan masih untung lebih dari peniaga A.
Dengan modal 1000, Peniaga C dapat membeli 50 pasang. Peniaga C untung (30 -20) x 50 = RM 500 = 50%
Untungkan membeli denga harga koperasi? oleh itu apa tunggu lagi.. jom segera hebah-hebahkan
Ingin juga diingatkan, anda perlu mendaftar dengan segera. Tahu tak masa yang terbaik untuk perniagaan ini? Semua orang akan membeli-belah pada masa ini. Jika dalam setahun, anda hanya bershopping sekali je...inilah masanya. Kita tidak mahu terlepas peluang keemasan ini. Oleh itu kita mesti bersedia dari sekarang. Koperasi mesti beroperasi secepat mungkin....kerjasama anda amatlah diharapkan. Agaknya bilakah masa yang amat "menguntungkan" itu? Kalau anda dapat meneka (sila comment), anda memang yang kami cari..
Penerangan lanjut, sila lihat FAQ.
|